* Masa Itu Emas *

Monday, February 6, 2012

Cara2 mencuci kencing dgn betul~~

Assalamualaikum semua ^_^...
Mesti tajuk ni buat korg cebik bibirkan?
Tapi taukah anda semua apa yg bakal saya kongsikan ini adalah satu perkara yg penting dlm kehidupan kita dan kehidupan kita sebagai umat islam pd yg islam...
Amat-amattttttttttttttttttt berguna buat semua~~






JOMMM BACA ^_^



  • Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

  • Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.



JANGAN SESEKALI KENCING BERDIRI!!! ~

Buat Kaum Lelaki~ Apabila anda lepas membuang air kecil PASTIKAN anda berbuat demikian :-

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. 

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

---------------------------------------------

Buat Kaum Wanita,Kita adalah salah satu hambaNYA yg perlu memberi keutamaan pada kebersihan didalam kehidupan seharian kita~
Semasa anda membersihkan kemaluan anda PASTIKAN anda berbuat demikian :-

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. 

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. 
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.


Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan. 

Wassalam 
Dr. Masitah Adam 
Fakulti Perubatan Islam