* Masa Itu Emas *

Saturday, October 27, 2012

Duhai Hati ~

Kadangkala hati sendiri sukar utk memahami kehendak sendiri,
Sukar memahami apa yg dicari..
Dtg tanpa diundang,
Hadirnya meresahkan fikiran,
Perginya tatkala masih memerlukan,
Airmata meratap pemergian..

Mengapa sukar memahami diri sendiri
Jika hati dan fikiran xmampu melepaskan ia pergi
Mengapa hadir disaat ia sdg dirundung duka..
Mengapa pergi disaat diperlukan..

Hati,
Sukar membacanya..
Sukar memahaminya,,
Andai mampu mengubah segalanya..
Kehidupan mungkin akan lebih baik..

Duhai hati,
Sabarlah dalam menghadapi dugaan kehidupan..
Sabarlah dalam melangkah liku2 kehidupan..
Hidup tanpa dugaan umpama makan tanpa minum...
Selagi terdaya hadapinya walaupun langkah seringkala jatuh...
Walaupun seringkali jatuh airmata krn dugaan...

Duhai Hati,
Andainya xmampu membahagiakan diri sendiri..
Cubalah membahagiakan org2 disekeliling...
Kadangkala kita perlu lukakan hati kita demi kebahagiaan org sekeliling kita..
Insyallah kebahagiaan utk diri sendiri tetap ada walaupun ia lambat...
Mohon padaNYA moga diperkuatkan utk menghadapi apa yg mendtg..
Hanya DIA yg mampu mengubah segalanya...
La Tahzan~

~SR~


Saturday, September 29, 2012

Assalamualaikum~~
Hi hi hi~
Lamanya xsinggah kt sini,almaklumlah sejak2 diopis internet kena block,
Semua pergerakan terbatas~
Kejam je bunyinya~
Mcm xreti buat kerja jer aku ni smpi nk block2 bagai...
Ah!!Mls aku nak pk psl kerja~

Kali ni aku nak share resipi PUDING JAGUNG~
Paling senang nak buat n kejap jer~
Panas masa nak kacau jer~

Bahan2nya adalah~

1 Tin Jagung Manis
1 1/2 Tin Susu Cair
1 Cawan Tepung Kastard
1 Cawan Gula (kalau xnk manis,separuh pun boleh)
2 1/2 Cawan Air (Ikut suka korg nak mcm mana)

Cara2 nak buat senang jer~

Korg campur semua bahan2 tu pastu kacau2 kejap tuk senangkan kerja korg...
Dah Agak2 ok,Korg Masak atas dapur gas..
Kacau2 sampailah jadi likat..
Dah agak2 likat,tutup api pastu terus masuk dalam loyang atau bekas..
Biarkan sejuk kejap pastu terus masukkan dalam peti ais..
Yayayayya...
Tunggulah sampai ia sejuk dan makanlah ia sebanyak2nya..
Huhuiiiii...
Confirm korg akan puas hati rasanya :))
Selamat menjamu selera..

P/S:Owh yer,kalau nak bau lg kuat,korg letaklah perasa jagung..
Bila masak,sedap jer baunya...

Selamat Mencuba!! ^_^

Tara,tgh nak sejukkan ni~
Xsabar lak nak makan~
Yumyumyum~~

Sunday, July 22, 2012

Jom Order utk Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu geng!~
Lamanya xupdate blog ni since pc diopis kne block dr melayari internet~
Ntah pape la diorg block tu,bknnya keje xsiap ~
Lupakan je la diorg tu ~
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ~
Selamat berpuasa pada kengkwn diluar sana ~
Mudah2an kita mendpt keberkatan dalam bulan Ramadhan ni ~
So,kali ni nak citer psl kuih raya lak!~
OPs!!
Baru hari kedua dah nak ckp kuih raya :p ~
Hehehehhe...
Kali ni saya menjual kek coklat kukus dan popia nestum ~
Gerenti sedapppppp sgt sbb dia dibuat kain dari yg lain ^_~

JOMMMMM Scroll kebawah lagi --------------------->


Tudiaaaaaa!~Mengiurkan x?Heeeee,mmg sedap sgt!!!!Yg pasti kek ni xmenggunakan planta or marjerin ^_^~Harga xmhl mana pun,CUMA

1.3KG = RM20.00


Murah kan?Sgttttt tau...Isinya padat,penuh dgn rasa coklat...Gerenti korg xkn menyesal kalau beli ~




Terliur dah x?Topping dia kaya dgn choc rice,choc chip dan choc rice warna warni~
Isinya pun ada badam ~Sgt2 banyak tau... ^_^ Harga cuma RM20.00 jer...


lg2 jom scroll lg :)




Tinggi kan??Berbaloi dgn harga yg murah ^_^


Kalau yg kecik ni harganya RM4.00 Bersamaan dgn 300gram


Ha!!Yg ni sebahagiaan dr order tau :)

SELAIN dari Kek Coklat Kukus,Saya ada juga jual POPIA NESTUM ~


Pic ni ambil dr google je sbb hari tu buat lupa nak snap picture :)
Harganya murah dan berbaloi dgn apa yg anda beli ^_^

300gram = RM12.00
500gram = RM17.00

So apa lagi,jomlah order!~Jom add saya di facebook ataupun inbox jer kt Syda Rayyan ataupun blh terus call..tinggalkan num telefon anda diinbox sy dan sy akan call anda kembali :)
COD di Damansara (The Curve) , KL (Timesquare , LRT Masjid Jamek) , Bangi, UKM , Temerloh,Pahang.
JOOOM ORDER!~ ^_^
Saya letak blk harga2 dibawah ni yer..jom!!



KEK COKLAT KUKUS

300gram = RM4.00
1.3kg = RM20.00

POPIA NESTUM 

300gram = RM12.00
500gram = RM17.00

COD DAMANSARA(THE CURVE),KL(TIMESQUARE , LRT MASJID JAMEK),BANGI,UKM DAN TEMERLOH,PAHANG

JOOOM ORDER!!!

Wednesday, April 11, 2012

## Resipi Keema - Daging Cincang -

Assalamualaikum geng ^_~
Weeeeee,lamanya xupdate blog ~
Kali ni nak kongsi resipi lak ^_^

Amek pen n kertas cepat~
Chop2x...
Print sudey~
Sng keje :p ~


Bahan-bahan ( 2 org )

  • 200g daging hancur
  • 1 biji bwg besar (di dadu)
  • 1 biji kentang (dadu)
  • 1 tbsp cili boh
  • *1 tsp campuran ketumbar dan jintan (kisar)
  • *1 tsp garam masala
  • *1 tsp serbuk kunyit
  • *1" halia dan 2 ulas bwg putih(tumbuk)
  • *2 tsp serbuk kari daging
  • 1 biji tomato (dadu)
  • stgh cwn air
  • 1 tbsp serbuk badam
  • 2 pokok daun ketumbar (hiris)
  • 1 cwn kacang peas
  • garam dan bahan perisa secukup rasa

Cara-cara

  1. tumiskan bawang besar sampai kekuningan
  2. masukkan cili boh..tumis sampai agak garing
  3. masukkan daging hancur..masak sampai warna daging bertukar (sampai masak lah tu..)
  4. masukkan bahan bertanda *, tomato dan air. didih selama 5-10minit
  5. kemudian, masukkan serbuk badam,daun ketumbar dan kacang peas. tambahkan garam dan bahan perisa secukup rasa...
  6. masak dgn api kecil lebih kurang 5 minit.masakan ni mmg tak berkuah..tp kalo suka, bule je tambah air..=)


TARA~~



Dah siap pun~
Ni masakan india tau,blh dimakan bersama capati,roti pita,roti gardenia pun blh juga ^_^~
Selamat mencuba kawan2 ^_^

Tuesday, March 6, 2012

Adakah mandi pada waktu malam mudarat bagi kesihatan?

Sudut info lagi~


Kali ni pasal mandi mlm plak~
Byk mitos yg mengatakan mandi malam ini xelok,blh buat skt dada~
Sebenarnya tu mitos jer,ajal maut kita ditangan Maha Pencipta kita~
Jom baca artikel ni~

Adakah ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan?

Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik?

Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan bahawa kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan dari kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.

Katanya mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.
KEBAIKAN MANDI
Menurut Dr Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Kata Dr Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi".

Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria dari permukaan kulit.

"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun anti bakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.

"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.
EKZEMA

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.

"Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan," terang Dr Tan.

Katanya rawatan bagi kulit yang kering ialah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik adalah berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.

"Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering. Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air dari kulit.

"Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang punya masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit," terang Dr Tan.
JADUAL KERJA KETAT
Tetapi ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang punya masalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.

Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya.

Katanya ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.

"Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita.

"Masalah itu boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita," kata beliau.

Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

"Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini. Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air dari paip.

"Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar di mana masyarakat menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.
PEMULIHAN BADAN
Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merelakskan otot badan.

"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.

Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?

Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat".

Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau.

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
-- BERNAMA

Trend meletak anak patung di bumper kereta~

Halo2~~Byk hari xupdate blog ni~
Biasalah bila busy menguasai diri~
Terpaksa lupakan blog ni utk seketika~
Kali ni nak story pasal patung lak~
Sejak menjak ni saya dan anda mesti perasan terlalu ramai ikut trend meletakkan patung dibumper~
Tahukah anda kenapa patung itu diletakkan dibumper?
Jom baca info ^_^


http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2011/12/111.jpg

Dan adakah anda tahu mengapa sebabnya kebanyakkan orang suka letak teddy bear nie di bawah bumper kereta.. Adakah ianya satu trend atau mempunyai agenda-agenda tersirat? Jom ikuti kisah yang kami sempat rakam daripada sebuah Forum terkenal iaitu Cari.Com.My

Assalamualaikum wbt.

No, I’m not gonna apologize for making too few blogposts. Haha! Busy la, busy.

Ni pun kerana internet tak elok, boleh la menulis sekejap.
Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,

“Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”
Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).
“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”
“Salah…”
“Habis tu kenapa?”

http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2011/12/jaa520806998-550x367.jpg


“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”
“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”
“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”
Bila Google di sini  saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Fuh, nasib baik saya pun tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu.
Kini dah tahu bukan? So janganlah tiru trend cenggini.. lagipun buat apelah letak anak patung kat bumper kereta tue.. xcantik pun 

Sharing is caring ^_^ ~

Monday, February 6, 2012

Cara2 mencuci kencing dgn betul~~

Assalamualaikum semua ^_^...
Mesti tajuk ni buat korg cebik bibirkan?
Tapi taukah anda semua apa yg bakal saya kongsikan ini adalah satu perkara yg penting dlm kehidupan kita dan kehidupan kita sebagai umat islam pd yg islam...
Amat-amattttttttttttttttttt berguna buat semua~~






JOMMM BACA ^_^



  • Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

  • Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.



JANGAN SESEKALI KENCING BERDIRI!!! ~

Buat Kaum Lelaki~ Apabila anda lepas membuang air kecil PASTIKAN anda berbuat demikian :-

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. 

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

---------------------------------------------

Buat Kaum Wanita,Kita adalah salah satu hambaNYA yg perlu memberi keutamaan pada kebersihan didalam kehidupan seharian kita~
Semasa anda membersihkan kemaluan anda PASTIKAN anda berbuat demikian :-

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. 

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. 
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.


Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan. 

Wassalam 
Dr. Masitah Adam 
Fakulti Perubatan Islam 



Sunday, January 1, 2012

Menangislah semahunya~~~

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.



Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.



Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku,memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.


Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA!!


mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..
renung-renungkanlah..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..