* Masa Itu Emas *

Wednesday, December 21, 2011

Keburukan menahan kencing~~

Kali ni bercerita sikit pasal kesihatan~~
Al maklumlah nak jd doktor xdapat...
Jd doktor kt blog pun jdlah ^_^
Ramai kan yg suka menahan kencing???
Korg tahu x bila korg thn,penyakit berduyun2 dtg ke dlm anggota bdn korg...Jom baca info yg blh dipercayai ^_^


SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. 

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. 

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. 

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. 

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. 

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. 

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan   kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. 

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya. 



Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.




Cara2 membasuh URI mengikut cara islam ^_^ (Tanggungjawab seorg bapa terhadap uri anaknya)

Hai semua~~
Bertemu kembali...
Lately ni bz sket sbb dah mula tempat baru,masih dalam training so xley nk online sgt ^_^
Kali ni nak story pasal mcm mana nak bersihkan uri...Uri ini merupakan kembar kpd bayi ketika berada dalam kandungan ibu~~
Jom membaca ^_^

-Kebanyakan kita tidak memandang berat tentang kepentingan uri kepada janin ketika dalam kandungan.
-Pada saat kelahiran bayi, ibu-bapa serta saudara-mara merasa gembira menyambutnya, tetapi seakan melupakan satu perkara iaitu uri yang telah menemani bayi tersebut. 
-Uri tidak mendapat tempat yang sewajarnya dan tidak penting di saat kegembiraan itu, malah ada yang terus melupakannya. 
-Terdapat segelintir suami yang tidak mahu mengambilnya lalu pihak hospital atau klinik mengumpul uri-uri tersebut untuk diberikan / didermakan kepada syarikat swasta. Uri tersebut diproses bagi memperolehi hormon-hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon inilah yang banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. 
-Terdapat juga ibu-bapa yang terus membuangnya ke dalam tong sampah
-Ada pula yang membiarkannya busuk atau diberikan kepada anjing. Tetapi ada juga suami yang perihatin yang mencari bidan untuk menguruskan uri anak mereka yang mana bidan akan di beri sedikit wang sebagai imbuhan.
-Namun, sekiranya kita faham tentang peranan dan tugas yang dilakukan oleh uri sepanjang tempoh pembesaran bayi dalam kandungan, kita pasti tidak sampai hati untuk mensia-siakannya. 
-Uri merupakan teman karib bayi dalam kandungan. 
-Uri memainkan peranan penting dalam membekalkan makanan dan oksigen serta membuang kumuhan atau sisa-sia daripada tubuh bayi seperti karbon dioksida dan sebagainya. 
-Berikut adalah cara- cara yang betul bagi menguruskan uri:

1. Membasuh Uri Bawa balik Uri tersebut dan basuh.Tapi tak perlu basuh dengan sabun. Cukup dengan air paip biasa, alirkan pada uri biar semua sekali keluar dengan darah-darah yang melekat kat bahagian luar. Sebaiknya memakai sarung tangan supaya bau darah tu tak melekat pada tangan. Tekan-tekan sikit pada uri tu supaya keluar lebih sedikit darah yang ada. Uri memang penuh dengan salur darah, supaya bila Uri diangkat untuk dialihkan tidaklah meleleh darah yang keluar dari uri. Fokus utama ialah mengurangkan bau darah Uri tersebut supaya bila ditanam, tidak dihidu oleh binatang buas seperti anjing dan sebagainya. 
2.Sebelum membasuh uri, berniatlah terlebih dulu. Niatlah apa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir dan yang sepatutnya. sebab ini jugalah uri ni patut diuruskan oleh bapa anak itu sendiri. Semasa membasuh Uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah. Ini adalah juga untuk memastikan Energy anak tersebut dilindungi oleh Energy positif melalui Zikir kita tadi. 
3.Selepas membasuh Uri dengan air paip tadi, keringkan sedikit dengan lap dengan kain napkin, selepas kering sedikit, letakkan Garam Bukit (Garam Biasa pun boleh), Asam Jawa 7-8 Keping pun sudah cukup. Ada juga sesetengah orang meletakkan Cuka. Ini sebenarnya untuk mengurangkan bau darah pada Uri tersebut. Kemudian Ambil Napkin dan balut Uri tersebut secara berlapis. 
4.Menanam Uri Menanam Uri janganlah dilengahkan, kalau boleh dalam tempoh 24 jam mestilah ditanam untuk mengelakkan Uri tersebut menjadi kuat baunya.Tempat untuk ditanam Uri tidak perlu tempat khas, tetapi disarankan tanam di ruang kawasan yang terbuka seperti halaman rumah, ditepi jalan utama dan yang penting jangan tanam di dalam belukar ,belakang rumah atau sebagainya kerana kawasan tersebut jarang dipantau dan dikhuatiri binatang buas mengorek tempat tanam Uri. Korek tanah sedalam mungkin, boleh agak dengan cara meletakkan kaki sehingga paras lutut normal. Semasa menanam niatlah supaya Uri tersebut selamat ditanam dan tidak diganggu oleh perkara yang tidak sepatutnya seperti anjing dan sebagainya. Baca Al-Fatihah , 3 Qul dan Berzikir dengan menyebut Nama Allah yang diingati seperti Ya Rahman, Ya Rahim dan sebagainya. Niat lain seperti, Wahai Uri Anakku, Jagalah Anakku dari sebarang gangguan luar yang tidak baik seperti yang telah kau lakukan ketika dalam perut Isteriku, bantulah Anakku ketika Anakku memerlukan tenaga mu. Perlu diingat, kita tidak meminta Uri tersebut menolong, tetapi meminta pada Allah Yang Satu. Uri adalah sebagai medium zahir yang nampak di mata kasar kita, dan kita meminta Energy dari Uri tersebut membantu anak kita.



Friday, December 16, 2011

Tips Membeli Belah di FACEBOOK ^_~

Hi geng2 blogger~~
Berjumpa lagi ^_^
Kali ni saya nak share tips2 membeli belah di ruangan alam maya ni terutama sekali FACEBOOK
Seperti yg kita ketahui zaman sekrg ni seller2 di facebook tumbuh seperti cendawan~~
Terlalu ramai mencari sumber pendapatan part time mahupun full time..
Sikap ini amat2 dipuji kerana zaman sekrg rakyat MALAYSIA semakin pintar mencari jln untuk mendptkan rezeki yg halal..
Alhamdulillah,Sekurang2nya mereka berusaha dan tidak menunggu duit jatuh dari langit....
TAPI dalam masa yang sama ada segelintir menggunakan FACEBOOK sebagai platform utk mereka menipu sekali gus membuatkan segelintir org yg menjual dan membeli makan hati dan berhati2 dalam membeli barangan online..
TIADA SIAPA YG INGINKAN DITIPU,TAPI SEBAB PENIPU YG BIJAK DAN XABES2 MENCARI IDEA UTK MENIPU DAN MAKAN DUIT HARAM INI MENYEBABKAN SEGELINTIR KITA DITIPU....

Disini saya berikan tips2 utk mengelak dari kita ditipu ^_^ :-
1)Sebelum korg nak beli korg kena add dulu or like page yg korg berminat...
2)JANGAN TERUS MEMBELI,
3))Check wall dulu,kalau wall private atau xley komen.Cuba korg pk kenapa perlu privatekan wall atau xley komen?Sebagai seorg seller,diorg xblh privatekan wall atau xblh komen sbb akan menimbulkan syak wasangka..
4)Cer korg tgk,ada x org komen2 kata barang da sampai ke..Kalau korg tgk komen yg kata brg xsmpila,knp perlu tunggu lama la...Yg tu korg da kena pk 3,4kali kalau nak order brg,kalau sabar blhlah order tp kalau xsabar nk tunggu berminggu2 brg sampai,batalkanlah niat tu yer~~
5)FEEDBACK CUSTOMER harus diutamakan dan tgk paling latest customer post bila.Seller akan buat satu album utk feedback customer...Korg kene tgk dan nilailah sendiri.
6)Tak semestinya yg like byk atau kawan byk xmenipu,yg like sikit atau kwn sikit menipu....Korg kena bijak membuat permerhatian...Teliti seblm membuat keputusan utk membeli..
7)Rajin2lah tgk page KAMI BENCI ONLINE SHOP YG TIPU DAN MAKAN DUIT HARAM  sbb situ mmg slalu update psl seller penipu dan bermasalah...

Tapikan kalau kita dah ditakdirkan kena tipu,kita xdpt menolaknya melainkan kita berusaha utk xditipu...Berusaha kan lg bgs dari kita men sambar jer..Biar lambat aslkan korg xkena tipu..

Nak bagi tips juga utk buyer :-
!)Bila da bank in duit,simpan segala resit yg menunjukkan korg da bank in pd seller tu..
2)Nanti seller akan minx detail2 korg dan mereka akan pos dalam sehari dua
3)Jgn sesekali lupa minx num telefon seller utk memudahkan korg berurusan...
4)Jgn lupa minx num tracking bila seller kata da pos brg korg..itu amat2 penting utk korg check brg korg di website yg seller gunakan utk pos..

JGN CEPAT MENGANGGAP SELLER ITU MENIPU JIKA
1)Mereka xberi num tracking yg korg minx sbb kdg2 seller ni terlalu ramai customer.Selalunya mereka akan wat note di facebook atau post di wall utk update num tracking..
2)Jgn sesekali korg mengharap hari ni pos,esok da sampai...Beri masa sekurang2nya 3hari atau paling lama seminggu....

CIRI2 KORG KENA TIPU ADALAH
1)korg minx berkali2 num tracking dye buat dek jer...
2)Pas korg inform korg da bank in,dye terus block korg dri fb dye..
3)Klu xdpt brg korg melebihi seminggu selepas seller pos brg,korg kena follow up dgn seller.Tp bila korg follow up seller buat xthu atau block korg,yg tu mmg da kene tipu ^_^

Kalau korg kene tipu,cpt report kat KPDNKK dan sertakan bukti2.Insyallah mereka akan bantu korg..

Ini sahajalah..Kalau ada tips lagi,saya share lg yer :))

Wednesday, December 14, 2011

My Big Day On 13th Nov 2011

Hi geng~~Jumpa lg..Lepas selesai majlis nikah,mlm berinai.....
sampailah sudah hari besarnya iaitu persandingan`~~
Yg nilah paling org tunggu2kan....
Terasa seperti Princess tau masa tu ^_~
Buat pertama kalinya dalam hidup TERASA PNT UTK TERSENYUM~~
Sebelum ni pun senyum juga tp xthulah knp hari tu rasa penat sgt :p
Jom tgk pic ni~~


Dgn tekunnya kak julia sdg sibuk menepek bulu mata palsu  di mataku ^_^








Pose seblm nk turun ke pelamin ^_^


Princess ^_^




My Prince ^_^...


Pengantin bersama pengapit ^_^

Nak tgk pelamin ?


Inilah pelamin anganku....Cantik sgt kan?kalau boleh nk terus letak kt umah,xyh buka2 :p

Nak tgk spe mak andamnya?scroll bwh cepat!! :p

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Mak andam muda lagi tau ^_^

Inilah mak andam yg berjaya membuat saya sgttttt222222 cantik masa big day saya ^_^..Saya tersgt2 berpuas hati dgn layanan dari julia touch ni....Once korg da confirm amek pakej JULIA TOUCH,kak julia akan sentiasa ber'follow up dgn korg ttg bersiapan,bg tips2,dan pelbagai lagila....Berbaloi dgn apa yg korg byr dan korg xkn sesekali merungut sbb layanan mereka mmg superb!!! ^_^

Tertarik x,kalau tertarik dgn cerita saya ni jom klik JULIA TOUCH ..Korg blh bertanya dgn lebih lanjut ttg pakej2 mereka....Blh tgk baju dan pelamin2 julia touch..Semua cantik2 belaka...Harga pun berpatutan...Biarkan mahal asalkan berpuas hati~~

Sunday, December 4, 2011

Saya sgt2 KECEWA dgn MAXIS :(

Assalamualaikum dan good day semua~~~~

Buat pertama kali saya rasa kecewa sgt dgn PERKHIDMATAN MAXIS ~~
Dari mula knl handphone,xpnh beralih arah ke perkhidmatan lain,
Bagi saya MAXIS terbaik walaupun mcm2 org ckp psl keburukan MAXIS ~~
Bila dah kena batang hidung sendiri baru nak rasa menyesal xsudah~~

Macam ni ceritanya~~Pada 29th Nov,saya topup RM30 melalui maybank2u~~


Bila 30th Nov,saya nak anta msg ke adik ipar,tp pending..hantar berkali2 pending,ingatkan xde line so off hp je then on blk....try anta blk tp still pending~~Rasa pelik so check la balance,tgk2 RM0.00 ~~Terkejut den!!Baru sehari kot,xkan  la saya ni blh abeskan RM30 dalam masa satu hari..Agak2lah~~Pastu terus call maxis centre,pihak  maxis kata kredit tinggal RM0.00 sbb saya menggunakan internet~~Hamboi ko maxis,wat fitnah jer~Saya layari internet menggunakan hot ticket k~~~



Dah bgtau guna hot ticket baru pihak maxis kata akan check dgn department kredit~~Pas letak phone,maxis anta msg ni~~



So dgn penuh sabarnya saya menunggu la dgn harapan pihak  maxis memandang serius dgn apa yg saya komplainkan~~~Dah terdesak nk menghantar msg,saya topuplah lagi skali RM30 melalui maybank2u~~



So da topup,blhlah menghantar msg terus,adik pun tergedik2 nak pow topup dari saya~~


Keesokkan harinya dptlah msg dari maxis yg mengatakan pihak maxis sudah refund blk apa yg ditolak dari kredit saya~~




Saya pun tersenyum riang sbb kredit bertambah~~tambah topup dari semlm total dalam RM44++..Dgn excitednya check la balance~~Nak tahu tinggal brp??




YA ALLAH!!!!mengucap panjang saya..Mana blh tinggal tu!!Mana duit yg semlm saya topup tu???Dgn rasa geramnya,saya terus call maxis,seperti biasa ckp benda yg sama dan menghantar msg mcm ni~~


Masih mampu bersabar lagi~~~Tp yg geramnya xde refund blk nok!!Just anta msg ni jer~




Very2 disappointed dgn layanan mereka!!!!Kena call sebyk 3x tp xberangkat..Kali keempat call baru ada org angkat....Hampeh!!!!Dah lah call maxis centre kena tolak kredit~~Lps ni mmg terus serbu maxis centre kat KLCC.Akan ada penyambungnya selepas ini~~~
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu ^_~