* Masa Itu Emas *

Wednesday, December 21, 2011

Cara2 membasuh URI mengikut cara islam ^_^ (Tanggungjawab seorg bapa terhadap uri anaknya)

Hai semua~~
Bertemu kembali...
Lately ni bz sket sbb dah mula tempat baru,masih dalam training so xley nk online sgt ^_^
Kali ni nak story pasal mcm mana nak bersihkan uri...Uri ini merupakan kembar kpd bayi ketika berada dalam kandungan ibu~~
Jom membaca ^_^

-Kebanyakan kita tidak memandang berat tentang kepentingan uri kepada janin ketika dalam kandungan.
-Pada saat kelahiran bayi, ibu-bapa serta saudara-mara merasa gembira menyambutnya, tetapi seakan melupakan satu perkara iaitu uri yang telah menemani bayi tersebut. 
-Uri tidak mendapat tempat yang sewajarnya dan tidak penting di saat kegembiraan itu, malah ada yang terus melupakannya. 
-Terdapat segelintir suami yang tidak mahu mengambilnya lalu pihak hospital atau klinik mengumpul uri-uri tersebut untuk diberikan / didermakan kepada syarikat swasta. Uri tersebut diproses bagi memperolehi hormon-hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon inilah yang banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. 
-Terdapat juga ibu-bapa yang terus membuangnya ke dalam tong sampah
-Ada pula yang membiarkannya busuk atau diberikan kepada anjing. Tetapi ada juga suami yang perihatin yang mencari bidan untuk menguruskan uri anak mereka yang mana bidan akan di beri sedikit wang sebagai imbuhan.
-Namun, sekiranya kita faham tentang peranan dan tugas yang dilakukan oleh uri sepanjang tempoh pembesaran bayi dalam kandungan, kita pasti tidak sampai hati untuk mensia-siakannya. 
-Uri merupakan teman karib bayi dalam kandungan. 
-Uri memainkan peranan penting dalam membekalkan makanan dan oksigen serta membuang kumuhan atau sisa-sia daripada tubuh bayi seperti karbon dioksida dan sebagainya. 
-Berikut adalah cara- cara yang betul bagi menguruskan uri:

1. Membasuh Uri Bawa balik Uri tersebut dan basuh.Tapi tak perlu basuh dengan sabun. Cukup dengan air paip biasa, alirkan pada uri biar semua sekali keluar dengan darah-darah yang melekat kat bahagian luar. Sebaiknya memakai sarung tangan supaya bau darah tu tak melekat pada tangan. Tekan-tekan sikit pada uri tu supaya keluar lebih sedikit darah yang ada. Uri memang penuh dengan salur darah, supaya bila Uri diangkat untuk dialihkan tidaklah meleleh darah yang keluar dari uri. Fokus utama ialah mengurangkan bau darah Uri tersebut supaya bila ditanam, tidak dihidu oleh binatang buas seperti anjing dan sebagainya. 
2.Sebelum membasuh uri, berniatlah terlebih dulu. Niatlah apa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir dan yang sepatutnya. sebab ini jugalah uri ni patut diuruskan oleh bapa anak itu sendiri. Semasa membasuh Uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah. Ini adalah juga untuk memastikan Energy anak tersebut dilindungi oleh Energy positif melalui Zikir kita tadi. 
3.Selepas membasuh Uri dengan air paip tadi, keringkan sedikit dengan lap dengan kain napkin, selepas kering sedikit, letakkan Garam Bukit (Garam Biasa pun boleh), Asam Jawa 7-8 Keping pun sudah cukup. Ada juga sesetengah orang meletakkan Cuka. Ini sebenarnya untuk mengurangkan bau darah pada Uri tersebut. Kemudian Ambil Napkin dan balut Uri tersebut secara berlapis. 
4.Menanam Uri Menanam Uri janganlah dilengahkan, kalau boleh dalam tempoh 24 jam mestilah ditanam untuk mengelakkan Uri tersebut menjadi kuat baunya.Tempat untuk ditanam Uri tidak perlu tempat khas, tetapi disarankan tanam di ruang kawasan yang terbuka seperti halaman rumah, ditepi jalan utama dan yang penting jangan tanam di dalam belukar ,belakang rumah atau sebagainya kerana kawasan tersebut jarang dipantau dan dikhuatiri binatang buas mengorek tempat tanam Uri. Korek tanah sedalam mungkin, boleh agak dengan cara meletakkan kaki sehingga paras lutut normal. Semasa menanam niatlah supaya Uri tersebut selamat ditanam dan tidak diganggu oleh perkara yang tidak sepatutnya seperti anjing dan sebagainya. Baca Al-Fatihah , 3 Qul dan Berzikir dengan menyebut Nama Allah yang diingati seperti Ya Rahman, Ya Rahim dan sebagainya. Niat lain seperti, Wahai Uri Anakku, Jagalah Anakku dari sebarang gangguan luar yang tidak baik seperti yang telah kau lakukan ketika dalam perut Isteriku, bantulah Anakku ketika Anakku memerlukan tenaga mu. Perlu diingat, kita tidak meminta Uri tersebut menolong, tetapi meminta pada Allah Yang Satu. Uri adalah sebagai medium zahir yang nampak di mata kasar kita, dan kita meminta Energy dari Uri tersebut membantu anak kita.



14 comments:

  1. saya dan keluarga memulangkan kepuanyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum admin, nak tanya sikit..boleh tak uri disimpan didalam peti ais..sebab nnti nk bawa balik kg..nk tanam kt kg..

    ReplyDelete
  3. saya dan keluarga memulangkan kepuanyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  4. saya dan keluarga memulangkan kepuanyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  5. saya dan keluarga memulangkan kepunyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.saya dan keluarga memulangkan kepunyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.saya dan keluarga memulangkan kepunyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.saya dan keluarga memulangkan kepunyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.saya dan keluarga memulangkan kepunyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.saya dan keluarga memulangkan kepunyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.saya dan keluarga memulangkan kepunyaan admin yang ada pada diri kami..
    kami ambil yang haq sahaja yang lain tidak ada..tq

    ReplyDelete